Lapa rasenye bila tgok cam2 resepi dlm tenet ni..cm nk buat semua je..huhuhu..antara resepi yg sy rase nk cube..
Macaroni&cheese
Bahan-bahan
1/2 paket macaroni - direbus dan tos airnya
1/2 paket daging kisar - itupun kalau beli yang paket...kalau takde daging...ayam atau sardin dalam tin ke tuna dalam tin ke pun boleh....semua yang disebut takde pun takpe
1 biji bawang holland - didadu ( ala bawang yang warna kuning tu....)
1 biji capsicum hijau - buang biji dan didadu
1 biji tomato - buang biji dan didadu
1 sudu besar lada hitam
6 biji telur - campur garam secukupnya pastu pukul sampai keluar buih sikit
1/2 tin susu cair
4 keping atau lebih keju cheddar - dipotong kecil-kecil
langkah
Tumis bawang holland , cili caspsicum dan daging kisar sehingga masak,kemudian masukkan lada hitam dan tumis sebentar lagi
Masukkan tomato,tumis sebentar lagi kemudian matikan api
Gaulkan dengan makaroni yang telah direbus dan ditos airnya sehingga sebati
Kemudian campurkan telur yang telah dipukul dan masukkan susu cair kemudian gaul lagi makaroni sehingga sebati bahan tumisan tadi bersama kepingan-kepingan keju cheddar yang telah dipotong kecil-kecil
Sendukkan dalam bekas aluminium yang kecil
Sebelum dibakar taburkan lagi keju chedaar diatasnya
Bakar pada suhu 180c - 200c selama 15 hingga ke 20 minit...atau sehingga masak...
Bingka Roti Lapis Ayam
BAHAN2:
Roti lebihan (rasa2 nya seberat 1 bungkus)
1 1/2 peket Susu Segar (peket 250ml)
3 biji Telur (saiz besar)
GAram & Lada Hitam Serbuk
Kepingan Cheese
INTI:
1 ketul Dada Ayam - cincang
1 biji Kentang - potong kiub kecil
1/2 Karot - sagat kasar
1 st Serbuk Lada*
1 st Jintan Manis*
1" Halia*
3 ulas Bwg Merah* (* pounded)
2 sb Serbuk Kari
1 biji Bwg Besar**
Daun Ketumbar** (** hiris kecil)
Garam
CARA2:
1. Pukul sedikit susu, telur, garam & lada.
Masukkan roti secukup nya.
Biarkan 10-15 minit & ramas.
(Lihat foto kat atas untuk panduan tekstur)
2. Panaskan sedikit minyak & tumis bhn tumbuk sehingga wangi.
Masukkan serbuk kari, ayam, kentang, karot & garam.
Masukkan sedikit air supaya tak hangit.
Tutup sehingga masak & kentang lembut.
Masukkan bwg besar & daun ketumbar. Tutup api.
3. Lapik tin dgn kertas aluminium & sapu mentega.
Ratakan 1/3 bancuhan roti & tabur 1/3 inti ayam.
Susun kepingan cheese.
Ulang sehingga habis di akhiri dgn inti ayam & cheese.
Bakar 45 minit 180C dgn suhu bawah sahaja.
copy kt tenet!yummy3..sp bole tolg maskkan tok sy.?hahaha
Bila la sy nk cube ni..hahahaha..
Friday, June 17, 2011
Wow!
Posted by Unknown at 3:46 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment