Bila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu.Bila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia sedang mengujimu.Bila Dia tak memakbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.Bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaan. Kasih sayang Allah mendahului kemurkaan-Nya
Semoga Allah menjadikan kita dikalangan orang yang yakin kepadaNya, orang yang bersungguh-sungguh menyerahkan segala urusan hanya kepadaNya, orang yang benar-benar menjadikan kehidupan sebagai persembahan perhambaan kepadaNya, orang yang menjadikan niat dihatinya sentiasa kerana Allah hinggalah kepada urusan-urusan jodoh dan ajal. Semoga Allah merahmati kita semua dan menentukan yang terbaik..
Tatkala manusia melemparkan pandangan negative tentang diri diri kita,usah bimbang Allah lebih tahu tentang sapa diri kita,lebih tahu tentang isi hati kita,Allah lebih memahami,kala semua sibuk dlm menguruskan hal duniawi,kala kita kesorangan,percayalah,Allah sentiasa ada dengan kita,mengadulah sepuas2nya kepada Allah,sesungguhnya Allah maha mendengar,hati pasti lebih tenang..=)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman:
"Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). " (Hadis riwayat Imam Bukhari).
Kesimpulan Hadis:
1- Tabah dan sabar menghadapi musibah adalah merupakan tanda-tanda kesempurnaan iman manakala keluh-kesah dan bimbang adalah merupakan tanda-tanda kelemahan iman.
2- Keagungan ganjaran tabah menghadapi musibah.
Moga sy,keluarga,rakan2 dan semua umat islam sentiasa berada dalam perlindungan dan rahmat Allah..Amin
Friday, June 17, 2011
Renungan
Posted by Unknown at 1:24 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment