Indah sungguh ciptaan tuhan, aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus bernafas, telah bnyak dugaan yang aku tempuhi, aku tetap bersyukur..Ya Allah berikanlah hambamu ini kekuatan untuk terus hidup aku masih setia menanti cinta yang tulus dari dirinya ya Allah..
Andai aku menjadi awan aku akan sentiasa ingin berwarna putih,
kerana putih itu suci masih tidak tercela dari noda..
Andai aku menjadi awan akan ku mengembara kemana-mana,
Kerana itu dapat membawa diri ini terlepas dari sebarang masaalah..
Andai aku menjadi awan akan ku bentuk menjadi bentuk-bentuk yang cantik,
Kerana sesungguhnya manusia amat menyukai pada benda yang cantik..
Andai aku menjadi awan akan ku turunkan hujan,
kerana dengan hujan segala kehidupan dibumi ini akan mekar selamanya..
seperti cintaku yang sentiasa mekar untuknya..=)..




0 comments:
Post a Comment