Wowwww...bersarang blog aku ni hah..tapi tak pa, ni entry semperna dengan birthday aku yang ke 30 esok, dan aku masih lagi single,aku tau bila umur dah tua ni, malas nak berharap apa-apa, aku dah malas nak pikir,just follow the flow..
kehidupan aku, biasa-biasa tapi impian aku sebesar lautan, setinggi gunung! aku percaya aku boleh capai apa yang aku impikan, yang penting aku pencen umur 35 tahun, aku nak keliling dunia, aku nak apa yang aku usahakan sekarang boleh berjalan sendiri tanpa aku perlu ada. Sistemkan apa yang aku sedang usahakan, turunkan kuasa pada yang layak, then aku nak blah!hahahahahaha..bunyik macam ganas..kakakaka
aku sayang diri aku, aku sayang keluarga aku, aku sayang kewan-kawan aku, aku sayang sahabat-sahabat aku, aku sayang semua!
Lets do'it dayah!you can! moga Allah berkati segala apa yang aku usahakan, dan kurniakan aku pendamping yang terbaik untuk aku, aminnn..insyaAllah..
Tuesday, August 9, 2016
Semperna birthday aku yang ke-30
Posted by Unknown at 4:03 PM 0 comments
Saturday, February 13, 2016
Hati seorang ayah
Cerita 3 tahun yang lalu masih terbayang dalam fikiran, kisah ini membuatkan aku berfikir bagaimana aku mampu untuk menyembunyikan kerisauan, kebuntuan, kesedihan dengan berita yang baru aku terima dari seorang doktor tentang keadaan ayahku. Bagaimana aku ingin berhadapan dengan kenyaataan ini?kuatkan aku?bagaimana aku harus sampaikan berita ni pada ayah, pada mak?.
Bermula bila aku dan adik ku menemani insan yang bergelar ayah ke klinik bagi mengetahui keputusan darah yang baru diterima dari hospital, ia berkenaan dengan penurunan berat badan ayah yang sangat drastik secara tiba-tiba.
Ayah telah diberitahu bahawa hatinya bermasalah dan di diagnose sebagai KANSER HATI, setelah beberapa minit diberi penerangan, nasihat dan dilakukan beberapa pemeriksaan kami dibenarkan pulang, kata ayah kepada doktor dengan ayat yang berulang kali, "Penyakit ni boleh baik kan doktor?", doktor hanya senyum dan angguk sahaja..betapa tingginya harapan ayah..allahuakbar.
Ayah dan adik ku mengucap salam dan terima kasih lalu membuka pintu dan keluar, aku menghulurkan salam kepada doktor, kerana dia seorang doktor wanita dan mengucapkan terima kasih, tiba-tiba tanganku digengam erat, doktor menyuruh ku untuk duduk sebentar. Hati kecil sudah terdetik, ini harus ada sesuatu yang penting untuk disampaikan, walau apa pun berita, aku harus kuat untuk terima, aku tahu dari pandangan mata seorang doktor kepada aku, hatiku ketika itu..hanya Allah saja yang tahu. TAKUT, sungguh aku TAKUT.
"Ayah awak mungkin ada 3 bulan saja lagi dari sekarang untuk hidup!" Allah! bagaikan terkena panahan kilat. SubbahanAllah..Allahuakbar..Ya Allah bantulah aku, itu saja yang aku mampu berkata dalam hati, aku hanya diam, tidak tahu ingin respon bagaimana, aku buntu, aku kosong, aku tak tak tahu nak buat apa. Aku tahu, jika aku tidak kuat, air mata aku akan mengalir, nanti aku keluar dari bilik doktor jika ayah ku perasan mataku merah bagaimana? mesti dia akan syak sesuatu yang tidak baik, apa pun aku kena kuat untuk ayah.
Aku kuatkan hati dengan bermonolog dalam diri, "Alaaaa..doktor hanya jalankan kerja, tapi Allah ada, Allah boleh bantu, jika Allah ingin tarik nyawa kita pada bila, bila masa saja pun boleh, Allah maha kuasa, hidup mati kita Allah yang tentukan," itu saja sumber kekuatan aku ketika itu. Doktor menyuruh kami bersedia dalam menerima sebarang kemungkinan yang akan berlaku, kerana KANSER HATI adalah panyakit yang paling cepat merebak. Sepanjang doktor menyampaikan pesanan, aku hanya diam dan dengar saja penerangan dari doktor. Dalam fikiran aku kosong dan hanya wajah ayah dan mak saja yang aku nampak ketika tu.
Keluar dari bilik doktor dengan wajah bersahaja dan tenang bukan mudah sebenarnya, dalam diri, aku sedang perperang dengan pelbagai emosi, sedih, takut, cuak, risau, gementar..ahhhh..bermacam-macam. Lihat wajah ayah, lagi membuatkan aku tidak senang. Ayah menyampaikan hasrat yang dia lapar dan ingin makan dekat gerai berhadapan klinik, kami ikut kan saja kehendak ayah.
"Roti Canai kosong satu" pinta ayah..aku berkata pada ayah, "Ayah tadi doktor kata jangan makan makanan yang berminyakkan?", baru je doktor pesan..Ayah aku hanya pandang dengan pandangan kosong, aku tahu ayah aku tak akan tukar menu lain punya..huhuhu. "Ok la..ni last, jangan makan lagi nanti", kata aku. Aku memesan tosei dan adik ku roti telur walau dalam hati aku bagaikan tsunami sebenarnya, aku harus menunjukan reaksi biasa depan ayah, aku tidak mahu dia perasan perubahan aku.
Sesudah sampai pesanan, ayah pandang tosei yang ada dekat depan aku, "Macam sedap je nampak tosei tu". kata ayah.. "kenapa? ayah nak ke?" eh tak ada la..katanya,,tapi aku tahu dia nak sebenarnya..jom tukar makanan..kami bertukar makanan, sempat juga aku cubit sikit..sambil sengih dekat ayah..
Itu memori yang akan aku kenang sampai bila-bila, tidak ada ganti lagi seorang ayah seperti beliau, panjang lagi kisah ini.. Jika ingin aku sampaikan, bagaimana aku berhadapan dengan keluarga, bagaimana aku menyampaikan berita ni, ketika aku sorang saja yang tahu. ketika aku sorang saja yang menyimpan amanah dari doktor ini, Takdir Allah mengurniakan Ibuku sebuku hati yang tabah dalam menerima berita duka. Kejadian di hospital yang memerlukan kami membuat keputusan secara tiba-tiba, kisah ayahku ketika koma selama 15 hari, dan tersedar setelah 15 hari, membuatkan para doktor tidak menyangka dengan kejadian itu..hanya kuasa Allah yang maha besar lagi maha agong..SubahannaAllah.,
Mohon sedekahkan Alfatihah buat Arwah ayah ku, Hj Dolmat Bin Ab. Rahim moga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Hargailah orang-orang disekeliling anda selagi mereka masih lagi bernyawa. Buat Keluargaku, buat sahabat-sahabatku, moga dikurniakan kerahmatan yang berpanjangan, HIDUP INI SEMENTARA SEMUA BUKAN MILIK KITA.
Posted by Unknown at 5:35 PM 0 comments
Tuesday, August 19, 2014
Keperluan vs Kehandak?
Masih dalam mood syawal lagi? ye, saya masih lagi mood syawal, sbb pose 6 belom abis lagi, tinggal lagi 2 hari! muahahaha
ok! mood menulis da turn on back..hehe..
harini nak cerita tentang keperluan vs kehendak?
majoriti sekarang anak-anak muda menanggung beban hutang yang menyebabkan muflis, ya ini fakta! mengapa perkara ini sering terjadi walaupun kita sudah tahu akibat yang bakal kita tanggung? adakah sebab ingin menunjuk?keperluan?kehendak?nafsu?
ok, berbalik kepada isu mengapa kita berhutang, nak kawen sekarang ni pun boleh buat pinjaman, adakah benda itu satu keperluan? pada saya itu bukan satu keperluan, itu satu kehendak dari diri kita sendiri, semua tu boleh dielak, x perlu untuk meminjam, buat sekadar yang mampu. kedua-dua belah pihak harus faham terutama belah perempuan, hantaran sekarang, masyaAllah..jangan sampai membebankan..menusahkan je..kalo ada degree or master ke, itu hanya sijil je, x membawa makna apa2 pun..:)
Ya!ini plan saya dari 10 taun lepas,hahaha.. if saya kawen nanti saya just nak yang simple, xperlu nak sanding2, nak hantaran mahal-mahal, mas kawen mahal2, nak tukar-tukar baju bagai ni..menyusahkan..ikut yang termampu.. sepatutnya menikah itu mudah, bukan menyusahkan..kehidupan sebenar selepas kawin tu lagi penting..*hope saya jumpa la prince charming den, hahahahaha
Sekarang ni, duit gaji untuk bayar duet kereta, duet rumah, duet kad kredit..huh! pening2..tp boleh dielakan jika kita pandai untuk pengurus wang dengan lebih baik, ya! kereta sekarang merupakan satu keperluan, untuk kita yang baru berkerja ni, tak perlu la tetiba nk pakai kete besau* bak kata org melaka..hahaha..kita beli dulu yang biasa2 yang mana kita termampu untuk membayar dan tidak menjadikan itu sebagai beban.. labur dulu duet kita dekat ASB ka, TABUNG HAJI ka, atau koperasi-koperasi yang menawarkan kadar faedah yang tinggi, tapi kene make sure diaorang labur di tempat yang betul.. dan pelaburan yang paling cepat dapat untung dengan BISNES..hahaha..apa pun kita jangan malu, biar orang pandang kita macam tak ada duet, abaikan persepsi masyarakat, itu biasa..so enjoy ur life!
uik..panjang juga dok menaip ni..hehehe..ok la, kesimpulan nya disini apa pun, yang penting sederhana, biar apa pun orang nak kata, tapi kita tahu mana yang terbaik..mohon petunjuk dari Allah moga kita sentiasa berada dalam perlindungannya...
-AKU HANYA INSAN BIASA-
NUR HIDAYAH.. lov
Posted by Unknown at 4:24 PM 0 comments
Thursday, June 19, 2014
hahahaha..
Adoii, lawak la plk bila baca post dulu-dulu..rase cam nak jadik muda remaja cam dulu, Opss!sekarang pun still muda remaja lagi tau..jangan tak tahu..hahahaha
nak delete post lama-lama tu cam sayang la pulak, nanti aku da tua, sekurang-kurangnya bila baca balik post lama terasa la diri macam zaman muda-muda dulu, ye x???ye x??kikiki
pesanan yang selalu aku bagi dekat dalam diri aku, jangan putus asa walau apa pun yang terjadi, aku tak kesah tentang pandangan manusia, tapi aku kesah tentang pandangan Allah, kekuatan perlu ada dalam diri sendiri sebenarnya, if kita tak ada kekuatan kite mesti JATUH! dan bila kita jatuh, siapa yang mahu tolong kita? kalo bukan diri sendiri.. so, kesudahan disini, selalu doa pada Dia, moga diberi kekuatan dalaman dan luaran agar aku dapat tempuh hidup ni, aku tak tahu kehidupan aku akan datang sama ada baik, indah, ceria, suka, duka..aku tak tahu, yang aku tahu, aku perlu persiapkan diri aku untuk menempuh segala macam yang bakal berlaku..so layan je hidup ni, pasang surut tu biasa, tapi yang penting macam mana kita nak bawak diri kita pada tahap yang lebih baik, kadang-kadang macam-macam usaha da kita buat untuk menjadi yang terbaik tetapi tetap juga mcam tu, so sentiasa positif, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita, yang penting USAHA berterusan, never ever give up!yehhhhh!
Posted by Unknown at 1:25 PM 0 comments
SETAHUN sudah!
Wow!
lama gile meninggalkan dunia penulisan, harini tetibe pulak teringat dekat blog yang dah bersawang ni, ni semua sebab bosan n buntu mencari solution mcm mana nak naikan sales..kakakakaka
yg penting dalam masa setahun ni macam-macam yang telah saya lalui, pahit, duka, senang, suka..Alhamdulillah masih lagi di berikan kesempatan untuk hidup, hidup ku cuma berubah bila aku kehilangan seorang ayah..Alfatihah ayah..moga ayah tenang dekat sana, tahun ni tahun pertama kami berhari raya tanpa ayah..miss u alot! dan yang paling penting aku masih lagi single..walau orang dok tanya je bila aku ni nak kawen, so jawapan dia hanya ada pada ALLAH!, bukan xnak, tp orang yang tak nak dekat den ni..wakakakaka..ok finish!
Sekarang fikir macam mana nak majukan diri aku dari comfort zon ni, since dah tak duduk dekat KL, balik ke kg halaman ku yang haven sbb tak perlu nk tempuh jem hari-hari, so aku kerja la sendiri..kerja apa? kerja la jadik orang gaji..:)
ok, moga ak mampu untuk menjadi seorang yang tabah dalam menghadapi segala onak dan cabaran dalam hidup ni..i lov my self..
Posted by Unknown at 12:44 PM 0 comments
Sunday, March 17, 2013
Unggu
Sy suke band unggu!yehh..sbb lagu2 die besh2 kot..tetibe je kan cite pasal unggu kn.?sy tulis sb sy tgh dgr lagu2 die..layan sat..da la tepun ngn tab tingal kt opos..adehh..hope xd sape la cari sy..minggu lepas pun dok tingl tepun gak..mmg xd sape yg nk kol pun..sedih x ayat.??wakakakaka..mn nk cari ayam kg ni..?akak kt opis tu kirim..waaaaaaa~
Posted by Unknown at 1:49 PM 0 comments
Saturday, March 16, 2013
Menulis!
ye,lame da xmenulis..so kite kene menulis..hahaha..sy cube akan selalu untuk menulis,sbb sy bru je bace satu blog ni, dimana jika kite menulis,sedikit sebnyk boleh menajamkan fikiran..kikiki..sy nk try apply this tecnique, tgok berkesan x..hahahaha..;p
ok,tu je tok arini..t esok2,sy tulis lg tok tatapn diri sndiri..huahuahua..
Posted by Unknown at 10:53 PM 0 comments
Wednesday, February 13, 2013
berusaha!
Jika kita ingin buat sesuatu,buatlah dengan bersungguh2..jgn buat sekert jalan..rancang dengan sebaik mungkin..insyaAllah,rezeki ad dimana2..
target sebelum umur 30!
perancgn hope dipermudahkan..
*nk ad family sendiri..insyaAllah,walau xnmpk pun lg bayang2..hahaha
*nak ad rumah sendiri
*nak ad kereta sendiri
hehehe..harap di permudahkan..amin..:)
Posted by Unknown at 10:20 PM 0 comments
Sunday, January 13, 2013
Alhamdulillah..
masih dlm tempoh percubaan..stat 2/1/2013 layout bil baru tok 3 tempat dalam status percubaan, Shah Alam, Petaling Jaya n Subang Jaya..hope semue ok..dpt feedback yg baik..tkut gak den..sbb den yg buat..kalo pelangan still blur..sy pun blur gak t..hahahahahahahhaahahah..
kot ok t bru diperluaskan tok semua tempat..insyaAllah,,moga dipermudahkan..permudahkan segala-nya..=)
Posted by Unknown at 4:23 PM 0 comments
Wednesday, January 9, 2013
hmm..
rindu nk membebel..kikiki..im fine,happy..semua nye ok..sy hrap sy kuat tok lalui hidup ni.!yes..im strong!
design bil layout baru settle..hope everthing goes well..insyaAllah.. :)
Posted by Unknown at 1:50 PM 0 comments
hmm..
rindu nk membebel..kikiki..im fine,happy..semua nye ok..sy hrap sy kuat tok lalui hidup ni.!yes..im strong!
Posted by Unknown at 1:50 PM 0 comments
Tuesday, January 1, 2013
new year 2013!
hello 2013!starting our day with doa..moga dipelihara segalany,moga hidup diberkati..Allah sentiasa ad bersama kita,jgn rasa hidup kita keseorgn..lov ur self first before love others!insyaAllah..doa sy moga dipercepatkan segala urusan jodoh sy,dan haluan kerjaya sy..jadik org yg berjaya dunia serta akhirat..insyaAllah..:)
Posted by Unknown at 4:25 PM 0 comments
Tuesday, December 11, 2012
masak3..
tgh praktis nk jadik bini org..kakaaka* berangan..:)
Posted by Unknown at 10:20 PM 0 comments
hoi!
hehehe...xpasl2 hoi plk ek..huhu..da lme da x bercerita dkt cni..cerita untuk diri sndiri...kikiki..ap pun..mggu lepas mmg besh..coti lame..n ari ni naik keje,perhhhh!kuar uma kul 6.15 beb..awai btul..semgt baru katekan,padahal smlam,ya ampun bukn main lemau lg nk blik kl..kol 5 bru gerak,seb jem kejp je..xteruk sgt..huhuhu..
ok!bnyk cite ni..1st..sy da tgok Cite istanbul aku datang!yehhhh..sweet cite tu..beshny,sgguh berterus terang beto..beto+lisa mmg besh..comei sgt,comei cm sy!eh perasan plk..huahauahau..then pd ari tu jgk mak n family sy telah meniglkn sy kesorgn dirumah,dieorg g PD..sy mls nk ikut...sbb sy lame xjmpe my besh friend..so nk kuar jln2 ngn dieorg..rani + ida..member since sekolh menengah..nakal same2..huahua..then,dieorg akan bekawen,tgl la sy t x kawen2..kikiki..bile dok sorg,kene la mask..adoiiii..huhuhu
then,keesokkan ariny,kami pegi melawat baby!my besh friend baby..ya Allah..semua kwn sy da ad kehidupn sndiri,ad family sndiri..bila dieorg tnye sy..sy pun xtau nk ckp ap..malu pun kdg2,ad jgk..jodoh sy xd,nk wat cm ne..sy bukn ny ad kwan2 laki ni,stkt kwan ym tu ad la..sorg dua,tu pun bukn dieorg nk kt sy pun,*sedih giler x ayat..wahahaha..nk kate sy memilih,xjgk..nk pilih ap,sy pun bukn perfect sgt..huhuhu..sye pecaya jodoh sy,xmgkin sy nk jdik perigi cari tmba..mgkin itu bukn sy,kdg2 nk berterus terang tu sy malu,sy tau,sy perempuan,ad batas2 dia..xp..Allah tahu mn yg terbaik tok sy..
share pic baby nana+my bessssh friend 4 eva,imahh!
Posted by Unknown at 10:16 PM 0 comments
Saturday, November 10, 2012
yeh!coti..
sy coti 5ari!bole rehat..huhuhu
rindu anak buah sy!muaahhh..
Posted by Unknown at 11:26 AM 0 comments
Friday, November 2, 2012
Enjoy traning!
today is last day kusus @ilsas..alhamdulillah,bnyak ilmu sy dpt..need improve my comunication skill..still xbrapa nk bgus..as an exective kne yakin bila nk bckp,bru org boleh respct..bnyk tgungjwb yg harus dipikul..but!take it as a challenge!..sy pasti merindui rakan2 sy..seronokny bila kita dikelilingi org yg sekepala..hehehe..lov!...sy bangga dgn diri sy!
Posted by Unknown at 9:20 PM 0 comments
Monday, October 22, 2012
22/11/12
okies!arini birthday anak buat sy 1 year old!love u syg..hope besar jdik ank yg soleh..darwish~..t angah blik,angah kiss ye..hikhikhik..yg pling besh smlm b4 blik Kl,singah jp umah family agkt sy,darwish da pandai jln..adoii,comei btul,sy pling suke tgok baby yg bru nk bljr jln,sbb nmpk cute n tekedek2 cm itik..hahaha
then,arini jemmmmmmmmmm!adoii..kol 9.45 bru smpai opis..mmg la,skit kaki ni..sabar je la..hanya tuhan je tau..bygkn dkt 3 jam lebih jem..menguji kesabarn betul..dugaan sy tok ari senin,tp alhmdulillah,bos sy xmarah..die ok je..hehehe..ad hikmah die..:)
miss someone..:)..
Posted by Unknown at 9:31 PM 0 comments

























