Cerita 3 tahun yang lalu masih terbayang dalam fikiran, kisah ini membuatkan aku berfikir bagaimana aku mampu untuk menyembunyikan kerisauan, kebuntuan, kesedihan dengan berita yang baru aku terima dari seorang doktor tentang keadaan ayahku. Bagaimana aku ingin berhadapan dengan kenyaataan ini?kuatkan aku?bagaimana aku harus sampaikan berita ni pada ayah, pada mak?.
Bermula bila aku dan adik ku menemani insan yang bergelar ayah ke klinik bagi mengetahui keputusan darah yang baru diterima dari hospital, ia berkenaan dengan penurunan berat badan ayah yang sangat drastik secara tiba-tiba.
Ayah telah diberitahu bahawa hatinya bermasalah dan di diagnose sebagai KANSER HATI, setelah beberapa minit diberi penerangan, nasihat dan dilakukan beberapa pemeriksaan kami dibenarkan pulang, kata ayah kepada doktor dengan ayat yang berulang kali, "Penyakit ni boleh baik kan doktor?", doktor hanya senyum dan angguk sahaja..betapa tingginya harapan ayah..allahuakbar.
Ayah dan adik ku mengucap salam dan terima kasih lalu membuka pintu dan keluar, aku menghulurkan salam kepada doktor, kerana dia seorang doktor wanita dan mengucapkan terima kasih, tiba-tiba tanganku digengam erat, doktor menyuruh ku untuk duduk sebentar. Hati kecil sudah terdetik, ini harus ada sesuatu yang penting untuk disampaikan, walau apa pun berita, aku harus kuat untuk terima, aku tahu dari pandangan mata seorang doktor kepada aku, hatiku ketika itu..hanya Allah saja yang tahu. TAKUT, sungguh aku TAKUT.
"Ayah awak mungkin ada 3 bulan saja lagi dari sekarang untuk hidup!" Allah! bagaikan terkena panahan kilat. SubbahanAllah..Allahuakbar..Ya Allah bantulah aku, itu saja yang aku mampu berkata dalam hati, aku hanya diam, tidak tahu ingin respon bagaimana, aku buntu, aku kosong, aku tak tak tahu nak buat apa. Aku tahu, jika aku tidak kuat, air mata aku akan mengalir, nanti aku keluar dari bilik doktor jika ayah ku perasan mataku merah bagaimana? mesti dia akan syak sesuatu yang tidak baik, apa pun aku kena kuat untuk ayah.
Aku kuatkan hati dengan bermonolog dalam diri, "Alaaaa..doktor hanya jalankan kerja, tapi Allah ada, Allah boleh bantu, jika Allah ingin tarik nyawa kita pada bila, bila masa saja pun boleh, Allah maha kuasa, hidup mati kita Allah yang tentukan," itu saja sumber kekuatan aku ketika itu. Doktor menyuruh kami bersedia dalam menerima sebarang kemungkinan yang akan berlaku, kerana KANSER HATI adalah panyakit yang paling cepat merebak. Sepanjang doktor menyampaikan pesanan, aku hanya diam dan dengar saja penerangan dari doktor. Dalam fikiran aku kosong dan hanya wajah ayah dan mak saja yang aku nampak ketika tu.
Keluar dari bilik doktor dengan wajah bersahaja dan tenang bukan mudah sebenarnya, dalam diri, aku sedang perperang dengan pelbagai emosi, sedih, takut, cuak, risau, gementar..ahhhh..bermacam-macam. Lihat wajah ayah, lagi membuatkan aku tidak senang. Ayah menyampaikan hasrat yang dia lapar dan ingin makan dekat gerai berhadapan klinik, kami ikut kan saja kehendak ayah.
"Roti Canai kosong satu" pinta ayah..aku berkata pada ayah, "Ayah tadi doktor kata jangan makan makanan yang berminyakkan?", baru je doktor pesan..Ayah aku hanya pandang dengan pandangan kosong, aku tahu ayah aku tak akan tukar menu lain punya..huhuhu. "Ok la..ni last, jangan makan lagi nanti", kata aku. Aku memesan tosei dan adik ku roti telur walau dalam hati aku bagaikan tsunami sebenarnya, aku harus menunjukan reaksi biasa depan ayah, aku tidak mahu dia perasan perubahan aku.
Sesudah sampai pesanan, ayah pandang tosei yang ada dekat depan aku, "Macam sedap je nampak tosei tu". kata ayah.. "kenapa? ayah nak ke?" eh tak ada la..katanya,,tapi aku tahu dia nak sebenarnya..jom tukar makanan..kami bertukar makanan, sempat juga aku cubit sikit..sambil sengih dekat ayah..
Itu memori yang akan aku kenang sampai bila-bila, tidak ada ganti lagi seorang ayah seperti beliau, panjang lagi kisah ini.. Jika ingin aku sampaikan, bagaimana aku berhadapan dengan keluarga, bagaimana aku menyampaikan berita ni, ketika aku sorang saja yang tahu. ketika aku sorang saja yang menyimpan amanah dari doktor ini, Takdir Allah mengurniakan Ibuku sebuku hati yang tabah dalam menerima berita duka. Kejadian di hospital yang memerlukan kami membuat keputusan secara tiba-tiba, kisah ayahku ketika koma selama 15 hari, dan tersedar setelah 15 hari, membuatkan para doktor tidak menyangka dengan kejadian itu..hanya kuasa Allah yang maha besar lagi maha agong..SubahannaAllah.,
Mohon sedekahkan Alfatihah buat Arwah ayah ku, Hj Dolmat Bin Ab. Rahim moga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Hargailah orang-orang disekeliling anda selagi mereka masih lagi bernyawa. Buat Keluargaku, buat sahabat-sahabatku, moga dikurniakan kerahmatan yang berpanjangan, HIDUP INI SEMENTARA SEMUA BUKAN MILIK KITA.
Saturday, February 13, 2016
Hati seorang ayah
Posted by Unknown at 5:35 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment