Bila matahari tidak lagi memancarkan cahayanya,
Bila Bulan tidak lagi muncul di dada langit,
Sungguh berat jiwa ini untuk ku telan semuanya,
Semoga ku tabah untuk mengharungi apa yg telah tersurat..
Semalam adelah kenangan yang terindah,
Tidak mudah untuk ku melupakan semua kenangan itu,
tp apekan daya,aku hanya insan kerdil di dunia ini,
aku tidak mampu untuk melawan segala apa yg sudah tertulis untukku,
Ya Allah,biar apa yang berlaku ini,menjadikan aku insan yang kuat,
spt mana yg pernah ku harungi sebelum ini ya Allah,
Kenapa ku di uji sebegini,sedangkan ku tidak pernah bermimpi untuk terus berada dalam situasi seperti ini Ya Allah..
Mencintai,dicintai adalah sesuatu yg cukup indah bagi diri ini,
Ku bersykur kerana diriku masih diberi kesempatan untuk merasa dicintai dan mencintai,
walau ia hanyalah seketika,
Ku bersyukur ya Allah kerana engkau kurniakan ku sekeping hati yang tabah,
sehingga aku mampu untuk meneruskan kehidupan ku ini..
Ku hanya memohon agar diri ku sentiasa dalam rahmatMu ya Allah,
Tetapkan lah keimananku,tetapkanlah aku untuk terus berada dalam landasanMu ya Allah,
Ya,aku tau,aku kuat,aku sering di uji,walau aku xdapat untuk meluahkan apa yg bersarang dalam hati ku,hanya melalui penulisan aku mampu untuk menyatakan segala2nya,
Ku di kelilingi oleh org2 yg amat menyanyangi diri ini,org2 yg sentiasa berada disisi aku ketika Ku senang dan susah,aku berterima kasih ya Allah kerana kurnianMu itu,
Ku memohon agar diri ini dipertemukan dengan seseorang yang mampu untk mendidikku kejalan yang diredaiMu,seseorang yang mampu untuk menerima segala kekurangan yang ada dalam diri ini ya Allah.
Kesedihan ini tidak mampu untuk ku tanggung,ia amat perit,amat tersiksa,amat menyiksa diri ini ya Allah,
Permudahkanlah segala urusan ku ya Allah,ya Allah,aku redha ya Allah,aku redha..
Wednesday, November 3, 2010
.:::Bila:::.
Posted by Unknown at 10:27 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




0 comments:
Post a Comment